Selasa, 31 Desember 2013

Trafik Jam Selama 10 Hari


Pada 2010, kesesakkan lalu lintas di National Highway 110 berhampiran Beijing mungkin telahpun memecah rekod dunia apabila kesesakkan dilaporkan sehingga 10 hari!Nak rasa lebih lama bersamaan 240 jam! Jarak deretan kenderaan yang terperangkap hampir 60 batu. Kesesakkan ni adalah antara kesesakkan paling teruk pernah direkodkan.Sehinggakan pemandu2 lori yang terperangkap dalam kesesakkan ni boleh bermain catur.


[SB10001424052748703447004575449033191043688]

Kesesakkan adalah disebabkan baik pulih jalanraya.
Penduduk yang berdekatan menjual makanan dan minumam kepada  pemandu2 ni. Dengar cerita ada yang jadi kaya lepas pada kejadian ni.


[CTRAFFIC.map]

Bayangkan kalau terjadi dekat Malaysia dekat musim balik kampung nantikan, ramai yang beraya tengah highway. Beraya berjemaah.
Read More..

Menebak Kepribadian Cewek Dari Olahraga Yang Dia Lakukan

Seperti yang kamu sudah tahu, MBDC memang sungguh ahli dalam menebak kepribadian. MBDC pernah mengajarkan kamu menebak kepribadian seseorang dengan berbagai cara, mulai dari alas kaki yang seseorang pakai sampai pilihan celana dalamnya. Nah sekarang MBDC akan ngajarin kamu cara mengenal cewek melalui olahraga apa yang dia lakukan. Oh wow. Kalau kebetulan kamu naksirnya bukan sama cewe sporty, ya gapapa, buat pengetahuan aja, siapa tahu kelak dia menggendut dan akhirnya memutuskan untuk olahraga. Nah jadi kalo cewek yang suka…

Basket

Bukan cuma suka nonton basket untuk jejeritan di pinggir lapangan dan ngecengin playmakernya ya, tapi cewek-cewek tinggi, atletis, kunciran, keringetan di tengah lapangan ngejar bola berusaha bikin point. Tipe cewek kayak gini biasanya adalah orang yang memiliki komitmen dan semangat kompetisi yang sangat tinggi. Mereka biasa berada dalam tim yang solid dan bekerja sama dalam mengejar angka. Cewek-cewek kayak gini seringkali agak eksklusif dan rada tomboy. Biasanya sih mereka suka sama cowok yang main basket juga, atau bola, pokoknya yang bisa olahraga. Jadi kalo kamu anaknya gendut, hobinya nyemil, dan satu-satunya olahraga kamu adalah main game UFC di PS3…yah agak sulit sepertinya.

Renang

Sekali lagi, ini bukan cewek yang cibang-cibung di kolam renang cuma buat pamer bikini ya. Cewek perenang adalah yang begitu nyemplung kolam dia akan berenang bolak balik minimal 20 kali tanpa berhenti. Tipe cewek kayak gini adalah tipe yang tenang, pandai mengatur emosi dan fokus. Karena mereka terlatih untuk menarik dan menahan napas secara teratur dan somehow itu membuat pikiran lebih rileks dan tenang. Mereka juga gak terlalu rempong dan santai anaknya. Tenang, cewek perenang seringkali gak punya tipe cowok yang pasti. Karena yaitu tadi, anaknya asik.

Catur

Cewek yang memilih catur sebagai sarana olahraganya, hampir pasti adalah cewek yang memilki potensi drama lebih rendah dibandingkan yang lainnya. Karena dia terbiasa menganalisa dan memperhitungkan langkah dan memiliki taktik, jadi gak asal mangap teriak teriak marah-marah cemburuan gak jelas atau posesif. Cewek-cewek kayak gini susah dibohongin, karena dia bisa membaca maksud dan tujuan kamu dengan seksama. Karena dia lebih memilih olahraga otak daripada otot, kamu gak usah khawatir dicakar kalau ketauan selingkuh, palingan tiba-tiba hidup kamu berantakan seada-adanya, tanpa kamu tahu apa penyebabnya.

Fitness

Cewek-cewek gym biasanya modern dan dinamis. Mereka sangat peduli dengan hitung-hitungan kalori dan seringkali menolak makan malam. Jadi kalau kamu mau ajak mereka candle light dinner, mendingan jangan yang ringan-ringan aja kayak misalnya nyemilin kuaci bareng. Mereka juga sangat sensitif terhadap kekencangan tubuh dan perut. Jadi jangan pernah becanda dengan kedua hal itu, misalnya dengan nyubit nyubit gemes gelambir di tangan dan perut. Wah nyari ribut kamu. Apalagi kalo doi lagi PMS.
Nah, yang manakah kamu/cewek kamu? Atau kamu ada yang mau ditambahin? Silakan tambahin di comment.
Read More..

Senin, 30 Desember 2013

SJKC Chung Hua Di Miri Rasis


SATU status di Facebook oleh ibu kepada seorang pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Pujut, Miri meluahkan isi hatinya terhadap layanan yang diberikan pentadbiran sekolah itu kepada anaknya.

Status itu yang dikaburkan nama pemiliknya mengatakan seorang pelajar sekolah itu yang bernama Dayana dan murid Islam lain di sekolah itu ditempatkan ke dalam satu kelas sahaja.

Kesemua mereka ditempatkan di dalam satu kelas sahaja tanpa mengambil kira tahap pencapaian akademik mereka sementara murid bukan Islam ditempatkan ke dalam kelas mengikut tahap pencapaian akademik.

Menurut pihak pentadbiran sekolah berkenaan, langkah itu adalah bagi memudahkan pihak sekolah menjadualkan subjek pendidikan Islam untuk pelajar Muslim.

Langkah pengasingan itu juga dikatakan tidak pernah diamalkan di SJKC lain dan menurut keluarga pelajar itu, SJKC lain tidak menghadapi masalah mencampuradukkan pelajar Islam dan bukan Islam di sekolah mereka.

Guru besar SJKC Chung Hua dikatakan enggan berganjak daripada keputusannya mengasingkan semua pelajar Islam, menurut ibu pelajar itu.

Wanita itu kini akan membawa perkara tersebut ke pengetahuan Kementerian Pendidikan dan ia harap akan disiasat serta diambil tindakan jika langkah pengasingan itu melanggar peraturan kementerian.
Read More..

Pelajar Ketagih Buku Digital Lucah


IPOH – “Memang sangat senang. Kita hanya perlukan kemudahan WiFi pada telefon pintar dan selepas itu, semua novel atau cerpen lucah Melayu boleh dimuat turun melalui aplikasi e-book (buku digital),” jelas pelajar tingkatan lima, Rosman, 17, (bukan nama sebenar) yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tidak lama lagi.

Menurutnya, ratusan nukilan novel atau cerpen lucah berbahasa Melayu boleh diperoleh tanpa perlu bersusah payah mencarinya di kedai majalah atau melayari Internet.

Dia yang ditemui wartawan bersama rakan sebaya berkata, antara buku lucah digital yang mudah dimuat turun antaranya menggunakan judul cerita seks, cerita seks 1, cerita seks III dan pelbagai judul lain.

“Saya tertarik dengan pelbagai cerita ghairah ini terutama membabitkan hubungan terlarang antara guru dan murid.

“Pada mulanya saya tidak mengetahui kewujudan buku digital ini sehinggalah seorang rakan menunjukkan kaedah memuat turun aplikasi ini melalui Play Store.

“Saya sangkakan aplikasi itu hanya berfungsi untuk mendapatkan ratusan permainan secara percuma, namun saya tidak sangka ia turut menawarkan buku digital lucah,” katanya.

Dia yang belajar di sebuah sekolah di Tambun, di sini, turut menunjukkan kaedah mudah memuat turun buku digital itu yang boleh dilakukan dalam tempoh masa kurang 30 saat.

“Saya tidak perlu rasa takut-takut kerana kewujudan buku digital ini tersembunyi di dalam telefon bimbit tanpa diketahui sesiapa.

Banyak rahsia lain ada di dalam telefon ini termasuk koleksi gambar lucah,” katanya.

Seorang lagi rakannya yang hanya mahu dikenali sebagai Along, 17, berkata, kewujudan buku digital lucah ini tidak ubah seperti perpustakaan porno bergerak yang boleh dimuat turun sesiapa saja.

“Saya sudah khatam semua cerita novel dan cerpen e-Book ini yang mengandungi ratusan judul kisah lucah.

Zaman sudah berubah, sekarang tidak lagi perlukan buku atau majalah untuk melihat semua ‘benda’ ini,” katanya.

Sementara itu, wartawan Harian Metro mendapati terdapat kira-kira empat buku digital lucah berbahasa Melayu yang mudah dimuat naik dengan kandungan cerita mengghairahkan dan menjadi tarikan remaja sekolah.

Kebanyakan cerita berkenaan sebelum ini pernah dipaparkan melalui laman web lucah seperti Melayu Boleh, Cerita Panas Melayu, melayu bogel, melayu telanjang, redtube Malaysia, tube8 dan pelbagai laman sesawang lain.

Bagaimanapun, semua laman web lucah itu sudah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). – Harian Metro
Read More..

Minggu, 29 Desember 2013

Mereka Bukan Buat Jenayah Besar – DPPM


KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendakwa tindakan polis menahan empat lelaki kerana mengadakan perhimpunan membantah kenaikan harga petrol dan diesel menjatuhkan imej pasukan itu.

Naib Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss mendakwa, empat lelaki itu bukan membuat satu jenayah besar sebaliknya hanya membuat bantahan aman dengan menggunakan kertas ‘kad manila’.

“DPPM berasa kesal dengan penahanan ini. Tindakan menahan empat peserta daripada aktivis Royalti (R) itu tidak bertanggungjawab.

“Tindakan ini akan menyemarakkan golongan muda untuk terus menyatakan kebenaran,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Raja Ahmad seterusnya mendakwa pihak berkuasa tidak boleh menyekat orang ramai untuk bersuara dan menyatakan bantahan mereka.

Dakwa beliau, pihak berkuasa sepatutnya fokus untuk menyelesaikan masalah jenayah yang semakin meruncing di negara ini.

“Kepada empat aktivis R yang ditahan, kami sangat berbangga dengan semangat juang kalian,” katanya.

Media hari ini melaporkan polis menahan empat lelaki kerana mengadakan perhimpunan haram bagi membantah kenaikan harga petrol dan diesel berhampiran sebuah pasar raya di Kota Bharu, Kelantan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dipetik berkata, keempat-empat lelaki itu berumur antara 22 hingga 36 tahun ditahan di tempat kejadian kira-kira 3.20 petang.

Mereka disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Terdapat kira-kira 20 orang membuat bantahan itu tetapi keempat-empat lelaki terbabit enggan bersurai dan meneruskan perhimpunan menyebabkan mereka ditahan.
Read More..

Pengadil maut dipukul pemain bolasepak

4 Dis 2012

Wasit tewas dipukuli pemain sepakbola
Gambar hiasan
buitenboys_wasit_belanda_
Richard Nieuwwenhuizen kerap menjadi hakim garis bagi klub Buitenboys.

Seorang pengadil liga bolasepak remaja di Belanda dilaporkan meninggal  setelah dipukuli oleh sekelompok pemain berusia belasan tahun.
Pengadil itu,   Richard Nieuwenhuizen sempat dibawa ke rumah sakit setempat beberapa jam setelah kes pemukulan yang dilakukan oleh tiga pemain bolasepak yang tergabung di kelab Nieuw Sloten.
Nieuwenhuizen akhirnya tmeninggal pada hari iIsnin (03/12) kelmarin.

Ketiga pemain didpercayai tidak puas terhadap kepemimpinan Nieuwenhuizen yang sempat menjadi hakim garisan dalam salah satu pertandingan yang dimain oleh kelab ketiga pemain tersebut pada hari minggu lalu.
Dalam kesehariannya Nieuwenhuizen juga kerap menjadi pengadil di kelab Buitenboys yang terletak di kota Almere di mana salah satu anaknya juga bermain disana.

Pimpinan Buitenboys, Michael Oost mengatakan Nieuwenhuizen yang kerap bertugas sebagai hakim garisan bagi kelab itu merupakan orang yang sangat mencintai bolasepak.
"Dia menikmati tugasnya itu. Dia benar-benar suka bolasepak. Dia selalu ada  Dengan kematian  Nieuwenhuizen dilaporkan telah mengguncang dunia olahraga di Belanda.
Setelah kejadian ini kpolis telah menangkap tiga remaja berusia antara 15 hingga 16 tahun yang dipercayai ikut melakukan pemukulan.

Coreng dunia olahraga

Menteri olahraga Belanda, Edith Schippers mengatakan peristiwa itu sebagai sebuah kejadian yang menyedihkan.
"Ini tentu sangat mengerikan bahawa peristiwa tersebut  boleh terjadi di dunia olahraga Belanda."

Pernyataan kurang lebih serupa juga disampaikan oleh Anton Binnemars dari Asosiasi Sepakbola Kerajaan Belanda yang menyebut bahwa "sangat sulit menggambarkan dengan kata-kata bahwa seorang yang mempunyai hobi olahraga kemudian menjadi korban dari tindakan kekerasan seperti ini."
Sementara itu Nieuw Sloten, klub asal ketiga pelaku pemukulan mengatakan mereka sangat terkejut dengan apa yang telah terjadi terhadap Nieuwenhuizen.

Kelab itu berencana melarang pemain yang bertanggung jawab dalam kes tersebut untuk terlibat di kelab tersebut seumur hidup mereka.
Nieuw Sloten juga akan menarik diri dari liga yang mereka ikuti saat ini selain itu mereka juga akan menghentikan sementara kegiatannya.
"Kekerasan seharusnya tidak terjadi di lapangan sepakbola," kata kelab tersebut.

    Sumber: BBC Indonesia
Read More..

Rahsia Mandi air sejuk

Mandi air sejuk banyak khasiatnya.

LUPAKAN dahulu tentang rasa menggigil atau keinginan untuk mandi dengan selesa di bawah pancuran air hangat. Mengikut petua orang-orang tua dan kini disokong pula oleh banyak kajian klinikal, mereka yang sedang sakit tekak, demam selesema, sakit kepala ataupun batuk, disyorkan agar membiasakan diri dengan amalan mandi air sejuk pada awal pagi.

Air sejuk bertindak ‘mengejutkan’ sistem imunisasi seterusnya mengaktifkan penghasilan hormon untuk keperluan tubuh secara keseluruhan. Ini bermakna, hormon tersebut dapat membantu mengawal keadaan normal tubuh daripada simptom-simptom dan kesan akibat penyakit tertentu.
Secara teorinya, tubuh manusia memberi reaksi pada kesan penyejukan dengan mengumpulkan semua darah yang panas ke bahagian teras badan untuk menghimpunkan khasiat sekali gus melindungi organ-organ penting.
Ketika itulah hormon dihasilkan dan kemudian disebarkan semula ke seluruh bahagian tubuh apabila salur darah yang sejuk mencairkan darah bagi memudahkan peredaran hingga ke lapisan kulit.
Dalam kajian yang dijalankan di Thrombosis Research Institute, Hospital Brompton di London mendapati bahawa amalan mandi air sejuk boleh meninggalkan kesan yang dramatik termasuk memperbaiki penghasilan hormon seks yang membantu memulih tenaga lelaki dan kesuburan wanita.
Selain itu, ia juga boleh memberi tenaga kepada mereka yang mengalami sindrom letih yang teruk, mengurangkan kes serangan jantung dan strok (kerana ia melancarkan peredaran darah), serta meningkatkan paras sel darah putih.
Read More..

Sabtu, 28 Desember 2013

Wanita pinggang teramping



WANITA dari Carolina Utara, Cathie Jung memegang rekod dunia sebagai individu pinggang paling ramping yang masih hidup.

SEBAIK sahaja gadis itu melangkah masuk ke ruang uji bakat Americas Next Top Model (ANTM), juri-juri termasuk supermodel terkenal, Tyra Banks memandangnya dengan mulut yang terlopong.
"Anda mempunyai pinggang paling kecil di dunia!" ujar Tyra kepada gadis bernama Ann Ward itu.
Seorang rakan juri, J. Alexander menghampiri Ann dan mencekak pinggang gadis itu dengan kedua-dua telapak tangannya.
Ia ternyata cukup untuk membuatkan jari tangan kanan lelaki itu bertemu jari tangan kirinya. Gadis itu hanya mempunyai saiz lilitan pinggang berukuran 18 inci (45.7 sentimeter).
Video uji bakat tersebut yang disiarkan dalam promo rancangan realiti televisyen bidang peragaan itu bagi musim terbaru telah menyebabkan Tyra dikecam kerana rancangan kelolaannya itu cuba membawa mesej yang tidak baik kepada audiens.
Ia didakwa menyebabkan anak-anak gadis berbangga dengan imej kurus yang ekstrem.
Rekod
Begitupun, Tyra telah melakukan kesilapan apabila mengatakan gadis tersebut mempunyai pinggang paling ramping di dunia.
Pemegang rekod pinggang teramping di dunia yang masih hidup ialah seorang nenek berusia 73 tahun, Cathie Jung dari Carolina Utara, Amerika Syarikat (AS).
Cathie mempunyai lilitan pinggang 15 inci (38.1 sm). Ia hampir menyamai saiz biasa botol mayonis.
Cathie turut menarik perhatian selebriti berpengaruh, Oprah Winfrey untuk menjadi tetamu khas dalam rancangan televisyennya.
Cathie turut diterbangkan untuk ditampilkan dalam rancangan televisyen di Eropah dan Jepun.
Jika anda melihat gambar-gambar Cathie di laman ini jangan pula menyangka ia penangan perisian Photoshop.
Realitinya, tubuh nenek yang berpotongan badan 39-15-39 ini begitu menakjubkan (atau mungkin mengerikan).
Bentuk badan sebegitu bukan diperoleh Cathie kerana kekurangan nutrisi atau masalah kesihatan, sebaliknya hasil pemakaian korset yang diamalkan sejak 27 tahun lalu.
Mengenakan korset 24 jam setiap hari sejak tahun 1983, satu-satunya masa dia menanggalkannya ialah semasa mandi atau mengeringkan badan.

JURI J. Alexander mengukur saiz pinggang peserta ANTM musim terbaru, Ann Ward yang amat ramping.


Sebelum mengamalkan pemakaian korset, Cathie mempunyai lilitan pinggang berukuran 28 inci (71.2 sm)
Cathie memberitahu, kali pertama dia memakai korset buatan khas ialah semasa perkahwinannya pada tahun 1959. Ketika itu dia berusia 22 tahun.
Kemudian dia hanya mengenakannya sekali-sekala. Dia melupakan hasrat untuk memperoleh tubuh seperti balang jam pasir itu sehinggalah ketiga-tiga anaknya dewasa.
"Saya sentiasa sukakan korset. Apabila saya menonton filem seperti Gone With the Wind dan Seven Brides for Seven Brothers, saya sukakan bentuk badan watak-watak perempuannya," katanya.
Apabila Cathie berusia 45 tahun, minat terhadap kostum-kostum era Victoria bercambah dalam dirinya.
Tulang belakang
Sejak itu, Cathie mengambil keputusan untuk memakai korset yang ketat sepanjang masa.
"Anak-anak saya sudah besar, jadi saya fikir ia waktu untuk saya melakukannya. Saya rasa elegan dan seksi," tambahnya.
Tahun demi tahun, Cathie mengenakan korset yang lebih ketat.
Daripada korset bersaiz 25 inci, dia berubah kepada 24, 21 dan akhirnya 15 inci.
Cathie tidak sedikit pun merasakan pemakaian korset membataskannya pergerakannya.
"Saya melakukan segala-galanya yang saya mahu. Saya makan dalam jumlah yang agak kecil, tapi saya rasa ia sesuai dengan usia saya.
"Saya bahkan ada kostum renang yang dijahit dengan korset, jadi saya masih boleh pergi ke pantai," katanya berjenaka.
Cathie yang digelar Ratu Korset memberitahu yang dia mempunyai koleksi 100 helai korset. Ada yang diperbuat daripada kapas, sutera Cina dan ada daripada kulit.
Ukuran lilit pinggang Cathie tanpa korset ialah 21 inci tetapi ia tetap satu pengurangan yang mengagumkan kerana saiz asal pinggangnya ialah 28 inci.
Bagaimanapun, pemegang rekod pinggang terkecil di dunia yang pernah dicatatkan ialah seorang wanita bernama Ethel Granger yang meninggal dunia pada tahun 1982.
Saiz lilitan pinggang wanita yang turut sinonim dengan korset itu ialah 14 inci.
Cathie memberitahu, suaminya Bob yang merupakan pakar bedah tulang telah melakukan imbasan sinar X pada tubuh Cathie dan memberitahu bahawa korset sebenarnya membantu menyokong tulang belakangnya.
"Bagi tulang rusuk, anda akan terkejut kerana mendapati ia tidak memberi impak kepada dada.
"Ia cuma mengenai dua tulang rusuk bawah, tetapi kedua-duanya dipanggil rusuk terapung.
"Kesemua bahagian di atas pinggang adalah fleksibel. Masalah yang terjadi hanyalah kulit menjadi kering dan soal kebersihan korset," kata Bob.
Berbanding Cathie dan Ethel yang memperoleh pinggang yang kecil dengan memakai korset, Ann Ward berkemungkinan memperolehnya daripada genetik.
Ann mempunyai ketinggian 190 sentimeter dan rata-rata ahli keluarganya tinggi lampai dan amat kurus.
Dia bukan gadis penghidap anoreksia atau bulimia yang mengamalkan cara pemakanan tidak sihat kerana benci badan berisi.
"Dalam musim Americas Next Top Model terbaru ini, anda akan melihat Ann, seorang gadis muda yang bergelut dengan isu imej tubuh sendiri iaitu tinggi lampai dan terlampau kurus.
"Hidupnya sering menjadi bahan ejekan ramai. Membantu gadis-gadis muda seperti Ann dan gadis lain sepertinya adalah selaras dengan misi saya," kata Tyra Banks. - ADHAM SHADAN
Read More..

Skuad Seladang Ikat 3 Pemain Import


TIGA pemain import dari Brazil, Burkina Faso dan Myanmar adalah antara tiga pemain import yang sudah mengikat kontrak untuk bermain dengan Perak musim depan.

Mereka ialah Kyaw Zayar Win dari Myanmar yang dijangka diletak di bahagian midfield, Wendwoga Didier Martin (Burkina Faso) di bahagian pertahanan dan Anderson Rodrigues Cardosa (Brazil) selaku penyerang.

Pengurus Skuad Liga Super Perak Datuk Azhar Ahmad berkata Perak dijangka mengikat seorang lagi pemain import dari New Zealand untuk diletak bermain di bahagian penyerang.

Pemain ini dijangka tiba di Perak sebelum 10 Disember.

“Corak permainan pemain-pemain import sangat meyakinkan dan kita berpuas hati dengan mereka,” katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani kontrak 23 pemain di sini malam tadi.

Beliau berkata, Perak juga telah mengikat kontrak selama dua hingga tiga tahun seramai 10 pemain Piala Presiden yang elaun mereka turut dinaikkan kepada RM5,000.

“Mereka ini telah menunjukkan komitmen yang sangat baik. Jika kita tidak ikat pemain ini, saya yakin mereka akan dicuri oleh negeri lain seperti sebelum ini,” katanya.

Azhar berkata, Perak akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Kelantan pada 10 Disember ini di Stadium Perak.

Pada Januari depan para pemain akan memulakan latihan dengan turut beraksi pada perlawanan persahabatan di beberapa daerah, katanya. – BERNAMA
Read More..

Jumat, 27 Desember 2013

7 Macam Jenis Berpelukan


BERPELUKAN dengan anak memberikan manfaat yang lura biasa. Agar Anda bisa mempraktikkan aktivitas menyenangkan ini, sebaiknya ketahui terlebih dahulu tujuh macam pelukan.

Berikut ini penjelasan Jovita Maria Ferliana Mpsi, staf pengajar Fakultas Psikologi Ukrida. 

- Butterfly kisses adalah berpelukan ala orang eskimo dilakukan oleh orangtua bersama sang anak. Mereka berpelukan kemudian menggesek-gesekkan hidung bersama.

- Pelukan bear adalah pelukan dengan merengkuh seluruh tubuh dengan satu tangan di pinggang dan satu tangan di bahu. Bertujuan memberikan rasa nyaman, disayang dan bisa diberikan saat anak sedang sakit, sedih atau takut.

- Pelukan pipi adalah memeluk si kecil dengan kedua tangan Moms kemudian satu pipi Moms menempel di pipi si kecil. Bertujuan membangkitkan rasa bahagia atau senang lebih efektif lagi ketika Moms dan si kecil dalam keadaan tenang serta rileks.

- Pelukan sandwich adalah pelukan cepat dengan posisi sambil duduk mata menatap kemudian berpelukan. Bertujuan memberikan rasa nyaman dan aman terutama jika si kecil sedang mengalami emosi yang negatif atau sedih.

- Peluk tepuk-tepuk adalah pelukan tepuk sebelah tangan Moms di bagian punggung si kecil posisi kepala si kecil bersandar di bahu Moms. Bertujuan menenangkannya saat ia sedang sedih atau menangis.

- Pelukan dada adalah pelukan dengan saling menatap dan lengan saling memeluk pundak. Bertujuan memberitahukan bahwa Moms bahagia atas kesuksesannya si kecil.

- Pelukan rindu adalah pelukan kangen keluarga besar seperti nenek, kakek atau paman dan bibi yang sudah lama sekali tak bertemu, biasanya lama dan sedikit berayun-ayun. Bertujuan memberikan kehangatan dan kebahagiaan di tengah keluarga besar. 

sumber
Read More..

Lowongan Kerja Magelang November 2012

Lowongan Kerja Magelang November 2012 ~ Mencari kerja pada masa kini memang susah, apa lagi banyak syarat yang di ajukan. Tetapi jangan menyerah untuk berusaha, insya Allah kalian bisa mendapatkannya. Buat kalian yang tinggal di Magelang dan sekitarnya ada Lowongan Kerja Terbaru November 2012 yang mungkin kalian tertarik untuk memasukan lamaran kerja disana.  PT. SO GOOD FOOD membutuhkan karyawan yang akan ditempatkan sebagai  SALESMAN TO - MAGELANG. Dan berikut ini Lowongan kerjanya :


PT. SO GOOD FOOD
Perusahaan Distributor yang bergerak dibidang Consumer Product ( FMCG ) yang memiliki cabang-cabang diseluruh provinsi Indonesia, membuka kesempatan untuk mengisi posisi:

SALESMAN TO - MAGELANG

Lokasi Kerja di : Magelang (Jawa Tengah)

Persyaratan Lowongan Kerja Magelang November 2012:

  • Pria / Wanita
  • Umur antara 22-30 Th
  • D3 / S1 dari Perguruan Tinggi terkemuka, SMA dipertimbangkan apabila memiliki pengalaman lebih dari 4 Th
  • Pengalaman di bidangnya min 1-2 th, diutamakan dari Consumer Product Distribution
  • Memiliki pandangan luas, motivasi tinggi, jujur, keinginan kerja keras, sosialisasi baik, siap bekerja dalam pencapaian taget, dan komunikasi yang baik
  • Bertanggung jawab mendistribusi dan memiliki kemampuan mengelola hubungan baik dengan outlet
  • Mampu mengoperasikan computer dan mengusasai Microsoft office (Word& Excel min) 
  • Mampu mengendarai motor dan memiliki sim C
  • Berdomisili di daerah MAGELANG & SEKITARNYA


Kirimkan Lamaran by pos beserta CV lengkap dan foto 4x6 ke Alamat :

Recruitment Dept. PT. SO GOOD FOOD
Jl. Tapak no 1A, Tugu, Semarang, Jawa Tengah
Atau via email ke : recruitsgf.semarang@gmail.com

Tuliskan kode posisi pada pojok kanan atas amplop atau pada subjek (email).

Demikian informasi mengenai Lowongan Kerja Magelang November 2012, yang bisa sobat janelabu jadikan refrensi untuk melamar kerja. Baca juga Lowongan Kerja November 2012 untuk mengetahui lowongan pekerjaan di daerah yang lain.
Read More..

Kamis, 26 Desember 2013

Simbol Simbol Di Balik Penemuan Dasi


Dasi kini dianggap identik dengan kemapanan. Istilah kaum berdasi sering disebutkan untuk mewakili kelompok masyarakat yang berpenghasilan menengah ke atas, atau kalangan masyarakat terdidik. Tidak sedikit orang yang hanya ingin disebut posisinya mapan lantas memantas-mantas diri dengan mengenakan dasi.

Dalam dunia marketing, kain tipis yang menjulur di leher itu juga memberi makna tersendiri. Para awak marketing kini banyak mengenakan dasi saat hendak menawarkan produknya. Dengan dasi, mereka menjadi terlihat percaya diri. Mereka juga meyakini bahwa dasi akan menjadi daya pikat tersendiri dalam proses marketing.

Selain makna-makna yang positif, dasi juga punya simbol yang bermakna negatif. Beberapa pelaku penipuan memanfaatkan dasi untuk memperdaya korbannya. Dengan memakai dasi, sang penipu menjadi tampil lebih meyakinkan. Korban pun menjadi semakin mudah untuk ‘dimangsa’-nya. Begitulah kira-kira beberapa simbol yang diwakili oleh dasi.

Sangat wajar jika saat ini dasi memiliki sekian banyak simbol untuk dimaknai mengingat benda tersebut sudah mulai dikenal manusia sejak abad ke-17. Tokoh yang dianggap berpengaruh besar pada proses penemuan dasi menurut time.com adalah Raja Louis XIV dari Prancis. Dialah raja yang pertama kali mengenalkan dasi sebagai simbol kesejahteraan rakyatnya.

Dua abad setelah masa kejayaan Raja Louis XIV terjadilah Revolusi Industri. Peristiwa ini menghadirkan perubahan drastis di tengah masyarakat. Kaum tani yang awalnya bekerja di sawah dan ladang, berbondong-bondong ganti profesi menjadi karyawan pabrik atau para pelaku industry. Perubahan ini memunculkan kelas-kelas pengusaha yang menjadikan pemakaian dasi menjadi semakin populer di masyarakat.

Tahun 1924 seorang penjahit pakaian di Amerika Serikat (AS) bernama Jesse Langsdorf membuat bentuk dasi modern dan kemudian dia patenkan. Dasi buatan Jesse ini begitu populer dan menjadi bagian penting dalam budaya berpakaian masyarakat AS. Akhirnya pada tahun 1950-an muncul ungkapan bahwa seseorang belum berpakaian sempurna kalau belum mengenakan dasi.

Makin berkembangnya pemakaian dasi lantas dilihat sebagai peluang bisnis yang menjajikan oleh pengusaha busana Ralph Lauren. Tahun 1970, dia meluncurkan dasi dengan lebar 10 cm. Dasi model ini pun digandrungi masyarakat luas. Tak hanya kelompok pengusaha, pada perkembangannya kemudian dasi juga dikenakan semua lapisan masyarakat.

Begitu besarnya bisnis dasi, hingga pada tahun 1995 time.com mencatat bisnis dasi di AS mencapai angka 1,3 miliar dolar AS (sekitar Rp 13 triliun). Seiring dengan perkembangan penggunaan dasi –terutama di masyarakat Barat—muncul pula pemaknaan lain dari busana tersebut. Di era modern ini, dasi juga mulai dimaknai sebagai simbol individualism, karena yang mengenakannya kebanyakan adalah masyarakat mapan yang kurang peduli dengan orang lain.

Berbeda lagi dengan persepsi yang dimiliki Presiden Iran, Mahmud Ahmadinejad, soal dasi. Dia tidak pernah mau mengenakan dasi karena mengaku tidak memahami betul fungsinya. “Saya tahu fungsi jas untuk menghangatkan tubuh, celana dan baju untuk menutup aurat. Yang saya tidak tahu adalah fungsi dasi,” kata dia dalam sebuah kesempatan. 
Read More..

Nenek kejar dua lelaki geram ditipu sindiket gores dan menang

sinarharian

25 Oktober 2012
Aminah
Aminah menunjukkan kupon yang diberikan kedua lelaki itu kepadanya untuk digores.
KUALA TERENGGANU - “Sejurus menyedari ditipu, mak cik nekad mencari dua lelaki itu untuk mendapatkan semula RM8,000 yang merupakan wang simpanan hasil titik peluh mak cik berniaga selama ini.

“Sebab itulah tadi (semalam), bila makcik nampak saja kelibat dia, terus makcik mengejarnya sebelum mendapatkan bantuan orang ramai bagi menangkapnya," demikian luahan nenek kepada 30 cucu ini, Aminah Yusof, 69, yang merupakan salah seorang mangsa tipu oleh satu sindiket peraduan gores dan menang.

Tindakan berani Aminah dengan bantuan orang ramai akhirnya berjaya menangkap tiga lelaki dipercayai dalang kepada penipuan ‘gores dan menang’ yang menjanjikan hadiah lumayan, termasuk sebuah kereta Toyota Camry 2.4 di tempat letak kereta di Pasar Besar Kedai Payang, di sini, pagi semalam.

Menceritakan kejadian, Aminah yang berniaga di Pasar Besar Kedai Payang, mendakwa, dia mengalami kerugian RM8,000 selepas diminta membuat pembayaran sejurus melakukan cabutan percuma menerusi kupon oleh dua suspek.

Kata warga emas itu, dia didatangi dua suspek terbabit semasa berada di tempat letak kereta di depan Pasar Besar Kedai Payang, pada Isnin lalu kira-kira jam 12 tengah hari.

"Ketika itu, saya sedang memasukkan duit ke dalam mesin parkir sebelum disapa oleh mereka berdua dan memberitahu kononnya saya merupakan wanita paling bertuah hari ini kerana bakal memenangi sebuah kereta Toyota Camry, pakej umrah dan pakej pelancongan.

“Bagaimanapun, selepas membuka dua kupon yang diberikan, mereka mengajak saya ke pejabatnya yang terletak di Jalan Bukit Kecil, di sini, untuk menjelaskan maklumat lebih lanjut bagi memperoleh hadiah lumayan itu,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat daerah (IPD) Kuala Terengganu, semalam.

Aminah mendakwa, dia seolah-olah merasakan dirinya dipukau kerana mengikut sahaja arahan kedua-dua suspek dan sanggup membawa mereka ke pejabat dengan menaiki kereta Perodua Kancil miliknya.

“Setibanya saya di situ, mereka mengarahkan saya membayar RM8,800 terlebih dahulu sebagai permulaan untuk mendapatkan antara tiga hadiah utama ditawarkan, bagaimanapun mereka kononnya memberikan diskaun RM800 kerana saya hanya mempunyai RM8,000 sahaja.

“Sejurus pembayaran dilakukan, mereka memberikan saya hadiah satu tilam dan satu dapur gas elektrik sebelum memaklumkan berkemungkinan saya akan memperoleh hadiah utama yang akan diberitahu kemudian,” katanya.
 seterusnya sini
Read More..

Rabu, 25 Desember 2013

Sekitar Penghormatan Terakhir Ibrahim Azrul


Sekitar Penghormatan Terakhir Ibrahim, Azrul

SUBANG – Dua jenazah pegawai polis iaitu Supritendan Ibrahim Lebar dan Lans Koperal Mod. Azrul Tukiran selamat dikebumikan di Subang dan Kelang, Selangor malam tadi.
Jenazah sebelum itu tiba di Pangkalan Udara TUDM di sini sebelum dibawa pulang ke rumah keluarga masing-masing.
Turut menyambut ketibaan jenazah ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Berikut adalah gambar-gambar sewaktu kedua-duanya diberi penghormatan terakhir oleh para tetamu kenamaan dan keluarga di pangkalan udara tersebut. [Mynewshub]
photo (3)

photo (4)
photo (2)
photo (5)

Read More..

TERKINI Shila Amzah Akan Berkongsi Pentas Dengan Psy Di P Pinang!

TERKINI: Shila Amzah Akan Berkongsi Pentas Dengan Psy Di P.Pinang!


GEORGETOWN – Di sebalik kontroversi yang melanda penyanyi popular, Shila Amzah, anak penyanyi ND Lala itu sah akan mengadakan persembahan pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN) di sini, esok.
Shila akan berkongsi pentas bersama penyanyi K-Pop sensasi dari Korea Selatan, Psy pada majlis yang akan berlangsung di padang Sekolah Tinggi Han Chiang.
Pengesahan itu dibuat pengurusnya kepada pengerusi penganjur, Oh Tong Keong.
Tong Keong yang juga Ketua Pemuda BN berkata, Shila akan mempersembahkan lima hingga enam lagu pada majlis berkenaan.
“Apabila membaca laporan akhbar berkenaan kontroversi yang melanda penyanyi itu sehingga membuatkan dia (Shila) menghilangkan diri selama enam hari, pihak kami menerima banyak panggilan yang bertanya tentang kehadirannya pada majlis rumah terbuka esok.
“Bagaimanapun, apabila saya menghubungi pengurusnya tadi, beliau memaklumkan Shila akan hadir dan membuat persembahan khas untuk pengunjung khasnya rakyat negeri Pulau Pinang,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Majlis berkenaan akan turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga akan hadir.
Menurutnya, beliau akan memaklumkan sendiri status kehadirannya ke program itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, lebih awal. – SINAR HARIAN
Read More..

Selasa, 24 Desember 2013

100 Mayat Dicuri untuk Upacara Vodoo

1 Dis 2012
TRIBUNNEWS.COM, COTONOU - Sebanyak 100 kubur di perkuburan Cotonou, Benin, Afrika Barat, sejak Sabtu minggu lalu, telah digali oleh perompak kubur, sejak hari Sabtu, dimana pihak keselamatan setempat percaya, guna mencari organ tubuh manusia yang tersisa guna dijual di pasar gelap.

Organ tubuh manusia biasa menjadi sasaran pencuri makam, guna dijual di pasar gelap. Organ tubuh manusia banyak dicari di Benin untuk digunakan dalam ritual voodoo.

Insiden terbaru tersebut merupakan kes pencurian yang paling serius yang pernah terjadi di negara Afrika Barat tersebut, dimana sebahagian besar dari 9 juta penduduk negara itu berlatih vodoo.

Pihak berwenang di Dangbo, sebuah desa 10 km dari ibukota Porto-Novo, mulai melakukan penyiasatan setelah seorang tukang batu yang bekerja di pemakaman mengatakan dia melihat beberapa lelaki bertopeng menggali kuburan, dan mengambil organ tubuh dan tengkorak dari dalam kubur.

"Namun penodaan kubur di sini adalah berarti wang," ujar Joseph Afaton, yang menjawat sebagai Direktur pemakaman, dikutip dari Asiaone.com, Sabtu (1/12/2012).

Bahagian-bahagian tubuh manusia dan hewan langka dinilai memiliki kekuatan supranatural, sehingga biasa digunakan dalam upacara okultisme.(asiaone.com)
Read More..

Cara Membuat Paypal

Jika anda ingin memulai bisnis melalui internet, anda harus memiliki sebuah akun paypal, untuk menampung penghasilan yang anda dapat dari internet..


Oke, Langsung saja..

1. Buka paypal, klik disini
2. Klik Daftar/Register
  

3. Pada kolom Your Country or Region pilih Indonesia

4. Pada kolom Your Language pilih English atau Indonesia (tergantung bahasa yang akan anda gunakan). Saya menyarankan untuk memilih Bahasa Indonesia agar lebih mudah untuk mengelola rekening paypal anda.

5. Kemudian terdapat 3 pilihan paket paypal, yaitu Personal, Premier, dan Business. Pilih yang personal karena kita akan gunakan akun paypal kita untuk kita pribadi.
6. Enter Your Information. Masukkan data anda. Saya sarankan agar menyamakan data anda dengan data yang ada di rekening bank. Tujuan dari langkah ini untuk melindungi keamanan kita sendiri dari tindak kejahatan. Selain itu data yang valid juga akan memudahkan kita dalam melakukan verifikasi rekening paypal nantinya .
Email Address    : masukkan alamat email anda
choose a Password :  isilah dengan password pilihan anda
Re-enter Password : masukkan password sekali lagi
First Name : Isi dengan nama depan anda.Middle name : Masukkan tengah belakang anda
Last name : Masukkan nama belakang anda
setelah semua data terisi dengan benar, klik Agree and Create Account
7. Jika anda memiliki kartu kredit, isilah nomor kartu kredit anda pada kolom credit card number. jika anda tidak memiliki kartu kredit, klik go to my account.
8. Anda akan masuk ke Account anda. Selamat, akun paypal anda sudah jadi..
9. Untuk memverifikasi rekening paypal anda, anda harus memiliki kartu kredit. klik Get verified.
NB. Jika anda mendapatkan pemasukan, namun belum memverifikasi aku anda, maka pihak paypal akan mengirimkan email seperti ini kepada anda

Jadi, saya menyarankan untuk memverifikasi akun anda terlebih dahulu sebelum menerima pemasukan.
10. ingin mendapatkan pemasukkan ke rekening paypal anda?? klik disini
nah, Demikian ulasan tentang Cara membuat akun paypal bila ada salah kata saya mohon maaf yang sedalam-dalamnya. Sekian dan terima kasih.
Read More..

Senin, 23 Desember 2013

Faizal Ismail Bukan kerana tawaran lumayan

Faizal Ismail

"SAYA letak jawatan bukan kerana tawaran lumayan daripada stesen radio lain!" tegas penyampai radio popular, Hot FM, Faizal Ismail, berhubung isu letak jawatan pada 24 Oktober lalu, menerusi laman sosial miliknya.

Menerusi sidang media semalam, di Restaurant Marche, The Curve, Faizal yang lebih mesra dengan panggilan FBI tampil merungkai spekulasi mengenai tindakannya itu.

"Tindakan ini dibuat bukan kerana saya lebih tertarik dengan tawaran stesen radio lain atau mempunyai masalah dengan Hot FM.

"Dalam masa terdekat ini, saya tidak akan terima sebarang tawaran bekerja dengan stesen radio lain. Jadi, spekulasi mengenai peletakan jawatan saya kerana ingin beralih angin adalah tidak benar.

"Saya berhenti kerana ingin urus perniagaan sendiri. Malah, perkara ini telah saya bincang bersama isteri yang juga penasihat saya sejak dua tahun lalu," katanya yang masih lagi bersama Hot FM sehingga 15 November ini.

Tambah Faizal, selepas tarikh itu, dia masih lagi bersama radio tersebut secara sambilan menerusi segmen khas.

"Saya masih lagi bersama Hot FM sehingga 15 November ini. Selepas itu, saya akan sambung secara part time sahaja, mungkin di segmen hujung minggu, Sabtu atau Ahad.

"Pada 24 Oktober lalu,  notis peletakan jawatan itu, namun saya perlu mengikuti prosedur yang telah ditetapkan oleh stesen radio.

"Setelah berbincang dengan pihak pengurusan, mereka menerima permohonan saya," katanya yang menggalas tugas sebagai penyampai radio berkenaan hampir tujuh tahun.


.................

SH : Sukar urus masa

Baru sahaja menubuhkan syarikat miliknya, FBI Entertainment Sdn Bhd, sejak dua bulan lalu, akui Faizal, agak sukar untuk menguruskan pelbagai perkara dalam satu masa.

"Pada awalnya, saya cuba untuk bahagi masa sebaik mungkin untuk urus syarikat dan kerjaya. Namun, saya gagal beri komitmen yang baik untuk kedua-duanya.

"Jadi, saya perlu korbankan karier saya. Walaupun berat hati, saya terpaksa demi masa depan keluarga. Sejujurnya, saya memang sayangkan karier ini kerana saya bermula dari bawah dan melalui peringkat demi peringkat sehingga berjaya sampai ke tahap ini.

"Namun, sampai bila saya mahu berada di konti? Saya percaya, populariti kini tidak jamin (kekal populariti) untuk lima tahun yang akan datang. Saya tidak mahu terus terperangkap dalam kepompong ini sehingga sukar untuk pilih cabang lain," katanya yang menghargai setiap pengalaman yang diperoleh bersama radio itu.

Katanya, selama 15 tahun dalam bidang ini, dia berhasrat untuk melakukan perubahan dalam perjalanan kariernya.

"Saya tidak boleh sentiasa berada di zon selesa kerana sampai pada satu tahap, kita memerlukan pembaharuan.

"Saya perlu cuba bidang lain dan mencabar diri saya untuk urus perniagaan," katanya yang pernah memenangi Anugerah Penyampai Radio Lelaki Popular selama 6 tahun berturut-turut menerusi Anugerah Bintang Popular (ABP).

Tambah Faizal, walaupun syarikatnya masih baru, tetapi ia menunjukkan perkembangan membanggakan.

"Alhamdulillah, ada dalam kalangan rakan saya bersedia untuk bekerja bersama dan mereka menunjukkan komitmen yang baik.

"Menerusi syarikat itu, kami akan terlibat dalam pengurusan majlis, produksi televisyen. Malah, saya juga berhasrat untuk kembangkannya sebagai platform untuk penghasilan drama," katanya yang masih lagi terlibat dengan program pengacaraan televisyen.


Tiada pengganti?

Menurut Pengarah Rangkaian Hot FM, Seelan Paul, mengakui peletakan jawatan Faizal adalah satu kehilangan besar buat radio itu.

Katanya, populariti Faizal sepanjang berada di radio itu banyak memberi keuntungan dan kepentingan kepada syarikat.

"Faizal adalah salah seorang penyampai radio yang memainkan peranan penting dalam peningkatan rating pendengar. Malah, ia adalah satu kehilangan besar buat kami.

"Mana tidaknya, sehingga kini, dia mempunyai kelompok peminat tersendiri termasuk 500,000 pengikut di laman sosial.

"Malah, sehingga kini, kami masih tidak jumpa pengganti yang layak untuk menggantikan Faizal. Mungkin kami akan ambil masa selama sebulan dua untuk mencarinya. Sepanjang ketiadaan Faizal, AG dan Fara Fauzana akan menggantikannya," katanya lagi.

sumber:
Read More..